Check It Out !
Quanzhou terletak di pantai tenggara China, ia merupakan tempat permulaan laluan sutera laut pada masa dahulu, pelabuhan yang pertama terbesar di timur pada zaman Dinasti Sung dan Yuan. Pada zaman Dinasti Tang lebih seribu tahun yang lalu, perhubungan melalui laluan di laut di Quanzhou telah pun moden sekali. Quanzhou,Yangzhou, Jiaozhou dan Guangzhou pada masa itu, menjadi 4 buah pelabuhan perdagangan yang besar di China. Padagang, pelancong dan mubaligh pelbagai negara beramai-ramai datang ke bandar tersebut. Pada zaman Dinasti Sung iaitu dari tahun 960 hingga tahun 1368, perdagangan antara China dengan barat melalui laluan laut menjadi makmur. Antara pedagang asing, yang berurusniaga dengan aktif ialah orang Islam. Mereka menjual bahan wangian daan ubat-ubatan yang bernilai ke China, di samping itu, mereka membeli kain sutera dan tembikar untuk dibawa balik ke negara mereka, sehingga telah memangkin pertukaran dan perkembangan ekonomi antara China dengan barat. Sains, kebudayaan dan kesenian Islam juga telah berkembang di China dengan meluas. Orang Islam telah menjelajahi ke pelbagai pelabuhan yang besar di China, khususnya di Quangzhou.
Pada masa itu, perkapalan, perdagangan dan pembangunan ekonomi Quangzhou berkembang dengan pesat. Beribu-ribu warga asing datang ke China, yang paling ramai ialah orang Islam, mereka menetap di kawasan penempatan secara memusat. Ada antara mereka, telah dianugerahkan hadiah oleh maharaja pada masa dahulu kerana mengembangkan perdagangan melalui laluan laut. Orang Islam telah membina 7 buah masjid di Quangzhou. Kawasan perkuburan orang Islam bertaburan di pinggir tenggara Quangzhou. Sehingga kini, Masjid Qingjing di jalan Tumen, dan kuburan purba di pinggir tenggara Bandar Quangzhou serta tulisan pada nisan dalam bahasa Arab, Parsi, Mandarin serta gambar gambar tentang tamadun Islam yang sedia ada boleh dilihat di situ.
Di Jalan Tumen di selatan bandar Qungzhou, tersergam Masjid Qingjing dengan reka bentuk bangunan Arab yang berbeza dengan bangunan seni binaan Fujian. Masjid Qingjing merupakan bangunan yang mempunyai atap bertingkat seperti pintu gerbang. Di sebelah kirinya ialah dewan sembahyang yang dibina dengan granit.
Di dalam Masjid itu, wartawan radio kami telah mewawancarai anggota Jawatankuasa Tetap Persatuan Agama Islam China, Pengerusi Persatuan Agama Islam Provinsi Fujian Tuan Haji Abdulah Huang Qiurun. Beliau telah memaklumkan tentang sejarah Majid Qingjing.
Masjid Qingjing juga dikenali sebagai Masjid Qilin, ia merupakan salah sebuah daripada 10 buah masjid yang besar di China, satu-satunya masjid pada Zaman Dinasti Sung yang masih dipelihara pada masa ini.
Masjid Qingjing dibina pada tahun 1009 Masehi, sudah berusia hampir seribu tahun, ia dibina oleh orang Islam dari Arab yang menetap di Quangzhou. Menurut catatan pada batu nisan itu tercatat tulisan Arab, Masjid Qingjing merupakan masjid yang pertama di tempat tersebut. 300 tahun kemudian setelah masjid itu dibina, seorang Umat Islam dari Iran Mohamad Bin Jadeshas yang bermastautin di Quangzhou telah menyumbang bantuan untuk membaik pulih masjid tersebut.
Pada tahun 1609, masjid Qingjing telah siap dibaik pulih setelah dewan bersembahyang condong dan menara telah rosak ekoran gempa bumi yang berlaku di Quangzhou pada tahun 1607.
Bangunan utama di Msjid Qingjing kini termasuk atap bertingkat pintu gerbang?menara?dewan bersembahyang?menara azan dan tempat wuduk serta dewan membaca al-Quran. Kubah dewan sembahyang telah runtuh, kini hanya terdapat tembok dan sebahagian tiang batu, ini telah mempamerkan tamadun Islam pada seribu tahun yang lalu dan kebudayaan China yang cemerlang.
Masih terdapat sebuah nisan di tepi dinding masjid yang diukir atas titah maharaja Dinasti Ming pada tahun 1417 untuk melindungi agama Islam serta ukiran nisan dalam bahasa Arab purba, artifak yang bernilai.
Encik Huang Qiurun berkata kepada wartawan, antara lebih 35 ribu masjid di China, kebanyakannya ialah bangunan seni bina China, termasuk Masjid Niujie Beijing dan Masjid Huaisheng Guangzhou. Namun, Masjid Qingjing Quangzhou bangunan seni binaan Arab yang dibina dengan batu adalah jarang ditemui di China.
Masjid Qingjing bukan sahaja warisan kebudayaan yang bernilai di China, tetapi juga adalah bukti sejarah persahabatan rakyat China dengan dunia Arab. Semenjak tahun 1984, tetamu daripada 161 buah negara di lima benua di dunia, antaranya termasuk 39 buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Oman dan Kuwait telah berkunjung ke masjid itu.
Semenjak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka pada tahun 1984 di China, ramai pelancong berkunjung ke China. Hanya pada tahun 1985 sahaja, terdapat tetamu agung dari 87 buah negara termasuk duta dan konselor dan pegawai peringkat tinggi yang lain, kemudiannya, terdapat tetamu asing dari lebih 50 buah negara berkunjung ke masjid tersebut pada setiap tahun. Selain itu, juga ada orang bukan Islam yang berkunjung ke situ. Pada Oktober tahun 2002, puteri Thailand telah berkunjung ke Qungzhou dan melawat ke masjid itu, encik Huang Qiurun berkata bahawa walaupun puteri Thailand beragama Budha, tetapi puteri itu juga mendengar penerangan dan mencatat butiran yang disampaikan dengan bersungguh-sungguh.
Seterlah China baru ditubuhkan pada tahun 1949, kerajaan China sangat mementingkan kerja perlindungan peninggalan sejarah. Pada tahun 1961, Masjid Qingjing Quanzhou dan Istana Kuno telah disenaraikan oleh Dewan Negara China sebagai unit perlindungan artifak utama China. Masjid Qingjing telah diberi tumpuan oleh kerajaan dan banyak kali dibaik pulih dan bangunan itu dipelihara dengan baik, pelbagai kemudahan terus diperbaiki bagi memudahkan aktiviti agama Islam dijalankan, encik Huang berkata bahawa kami di sini ialah etnik minoriti. Negara melaksanakan dasar semua etnik adalah sama rata dan dasar bebas beragama, serta memberi perhatian kepada kami dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan termasuk adat-resan. Pelaksanaan dasar agama telah memainkan peranan yang besar bagi perkembangan agama Islam.
Encik Huang berkata, kini dewan bersembahyang hanya dapat menampung 50 orang. Kemudiannya Masjid Quangzhou akan dibesarkan untuk memenuhi keperluan aktiviti agama Islam.
Add FaceBook: Dimas Yudo Prasetyo
Follow Twitter : @DiiwaYPii
Thank You
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Komentar yang negatif dan bersifat spam akan saya hapus secepatnya setelah saya melihatnya yo ! :D